Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber 2012

This slideshow requires JavaScript.

Tarikh: 10 November 2012
Masa: 7.30 pagi – 5.00 petang

Inilah aktiviti tahunan yang terakhir untuk tahun 2012.. macam biasa; sambil2 jamuan, jalan2..
Aktiviti bermula seawal 7.40 pagi – bertolak dari sekolah bersama2 20 orang PPS (2 orang x join sebab bercuti bersama keluarga) diiringi oleh 2 orang guru (Pn Hartini & Cik Norhayati) n our everdear PAP (Pn Norisah)..
Destinasi 1 : Bersarapan secara pot luck di Taman Botanikal Melaka.. lepas sarapan jalan2 dalam hutan.. tapi x dapat nak joging sebab semua pakai baju cantik.. jadi kami makan n ambil2 gambar sahaja..
Destinasi 2 : Melaka Bowling International Center, MITC.. semua PPS telah dibahagikan kepada 5 kumpulan, 4 orang setiap kumpulan.. cikgu2 tengok aje n ada lane extra untuk baling2 bola.. semua telah berhempas pulas untuk memastikan kumpulan masing2 menang.. cikgu janji ada hadiah untuk pemenang n pemain terbaik hehe…
Destinasi 3 : Planetarium Melaka – hari ni ada Melaka Space Fair 2012.. dianjurkan oleh NASA n disokong oleh RTM, JPN, Pelancongan Melaka n UTEM.. Ada pameran ‘Earth Science’, ‘Year of the Solar System’, ‘Life in the Extreme’ n ‘Mars Exploration’.. selain itu, ada juga demonstrasi robot serta pertunjukan 3D..
Destinasi 4 : Dewan MITC sebab hari ni kat sini ada IT Fair.. macam biasa, macam2 produk IT yag dipamerkan dan boleh dibeli dengan harga yang murah.. rambang mata memandangnya.. tapi akhirnya x beli apa2 pun hehe..
Destinasi 5 : Akhirnya kami ke destinasi utama jalan2 kali ini.. tepat jam 2.30 petang kami telah berada di KFC Jaya Jusco Melaka untuk meraikan Jamuan Akhir Tahun 2012.. sebelum makan, semua peserta sama2 menyambut hari jadi Cikgu Yati yang telah seminggu berlalu.. lepas potong2 kek, semua menjamu selera makan ayam dengan keadaan yang senyap sunyi (lapar gamaknya). Sementara makan2 tu, penyampaian hadiah pemenang Pertandingan Bowling disampaikan, dan Pemain Terbaik telah dimenangi oleh Muhd Azri – 5Beta (ni mesti selalu main ni..) Seterusnya, semua PPS bertukar-tukar hadiah dengan mencabut undi nama di antara PPS.. Selepas itu, Penyampaian Hadiah Penghargaan Pertandingan Blog yang telah disertai pada 1 Nov lepas, khas kepada bloggers – Firdaus, Nik, Hakimi n Fitri.. Penyampaian Sijil Penghargaan Pengawas Tingkatan 5 – Bazilah, Subhiah, Azri n Adylin.. Penyampaian Anugerah Komitmen Terbaik – Nadia.. dan akhir sekali, Penyampaian Anugerah Pengawas ‘Favourite’ – PPS majoriti telah mengundi Bazilah Sarihah bt Buang.. TAHNIAH untuk semua penerima hadiah n anugerah..
Terima kepada semua PPS n guru-guru Perpustakaan n tidak lupa Pembantu Am Perpustakaan.. semoga kita tidak bosan menjalankan tanggungjawab yang harus dipikul.. teruskan usaha tahun hadapan.. semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.. insyAllah.

Advertisements
By pssmksrimahkota

Pesta Buku Negeri Melaka 2012

Majlis Perasmian oleh YB Datuk Hj Abdul Wahab Abdul Latip (duduk, berbaju ungu) pada jam 9.30 pagi.

Pengerusi Majlis Perasmian – Mohd Fahmi ~ yang merupakan bekas murid SMKSM

Murid-murid SMKSM menjawab kuiz yang telah dikendalikan oleh artis jemputan, Imuda (berbaju peach) sempena Pesta Buku Melaka 2012.

Tarikh : 2 November 2012
Masa : 8.00 pagi – 12 tengah hari
Tempat : Melaka International Bowling Center, Ayer Keroh

Pesta Buku Negeri Melaka 2012 yang julung-julung kali dianjurkan oleh PUSTAKAM ini akan berlangsung selama 3 hari, iaitu 2 – 4 November 2012. SMK Seri Mahkota telah dijemput khas untuk mengikuti perasmian Pesta Buku tersebut. Seramai 41 orang murid telah dibawa menaiki bas ke MIBC dan telah diiringi oleh Pn Norafidah Abdullah dan Pn Hartini Hamid. Majlis perasmian sangat menarik dan mengujakan penonton yang hadir. Ramai penerbit/penjual/pengedar buku yang telah dijemput untuk mempamer dan menjual buku serta bahan bacaan untuk segenap lapisan pembaca.. banyak juga pertandingan yang diadakan beserta dengan hadiah lumayannya.. siap ada cabutan bertuah pula nanti di akhir hari.. jom-jom datang dan membeli.. ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.. 😀

By pssmksrimahkota

Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran PUSTAKAM

Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran PUSTAKAM telah dijalankan pada 1 November 2012 di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah Melaka. Pada peringkat awal, sebanyak 45 buah sekolah telah menghantar penyertaan. Walau bagaimanapun hanya 10 buah sekolah telah terpilih untuk membentangkan hasil kerja mereka. Pertandingan ini telah diadili oleh empat orang hakim yang bijaksana.

By pssmksrimahkota

Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber

Peserta Pertandingan Akhir SMKSM sempat merakamkan gambar masing-masing sebelum pertandingan bermula

Senyuman di sebalik debaran kerana giliran pembentangan yang pertama.. 5 minit lagi..

Tarikh : 1 Nov 2012
Masa : 12.00 tgh hari – 5.30 petang
Tempat : Makmal Komputer Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin

Setelah dimaklumkan bahawa Blog Pusat Sumber SMK Seri Mahkota telah terpilih ke peringkat akhir, bermulalah debaran demi debaran kepada murid-murid pembina blog (Muhammad Firdaus Ibrahim (Jurucakap Utama), Nur Hakimi Jasmi (Teknikal), Nik Harith Danial Nik Abd Manan Teknikal) dan Muhammad Fitri Mohd Zahir (Teknikal) ~ kesemuanya adalah Pengawas Pusat Sumber) termasuklah guru pembimbingnya (Pn Hartini Hamid). Penyampaian peringkat akhir ini menekankan aspek persembahan keistimewaan yang ada pada blog PSS masing-masing. Cabaran SMKSM sangat besar kerana terpaksa bersaing dengan nama-nama hebat seperti KV Datuk Seri Mohd Zin, SMK Muzaffar Syah, SMK Tinggi Perempuan, SMK Iskandar Syah, SMK Dang Anum, SMA Syarifah Rodziah, SMK Seri Tanjung, SMK Klebang Besar  dan SMK Ayer Keroh. Namun begitu, atas nama rezki yang diberikan oleh Yang Maha Esa ~ serta kesungguhan yang dipamer oleh peserta sebelum dan semasa pertandingan ~ alhamdulillah.. SMK Seri Mahkota telah berjaya menduduki tempat ketiga seluruh negeri Melaka.. 🙂

By pssmksrimahkota

Pertandingan Jejak Maklumat

Pn Hartini Hamid (guru pengiring SMK Seri Mahkota), En Shuhani Hassan (PTP BTPN Melaka) dan Pn Norhazlinda bt Abdullah (guru pengiring SMK Dang Anum) bergambar sebelum Program Jejak Maklumat bermula.

Kumpulan 7 yang terdiri daripada 3 orang murid SMK Seri Mahkota dan 3 orang murid SMK Ghafar Baba memulakan Segmen 1.

 

Tarikh : 30 Oktober 2012
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : BTPN Melaka

Seramai 3 orang murid Tingkatan 3 Pengawas Pusat Sumber telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Jejak Maklumat yang telah dianjurkan oleh BTPN Melaka kali ini. Pengawas Pusat Sumber yang telah terlibat adalah Bazil Suhaimi Buang, Muhammad Nur Amin Mohd Sharani dan Amir Firdaus Othman. Terdapat 5 segmen yang terpaksa ditempuhi oleh mereka, Segmen 1: Ketahanan Fizikal, Segmen 2: Isu Semasa, Segmen 3: Pemikiran Kreatif, Segmen 4: Menguji Minda dan Segmen 5: Pembacaan. Walaupun telah mencuba sedaya upaya dalam pertandingan tadi, namun kemenangan bukanlah di pihak SMK Seri Mahkota.. walaubagaimanapun, kami tetap pulang dengan penuh pengalaman di dada.. Terima kasih kepada pihak BTPN Melaka kerana sudi memilih SMK Seri Mahkota untuk mengikuti program yang dijalankan..

By pssmksrimahkota

Program READ 2012

Program READ2012

Program READ 2012 adalah anjuran Scholastic ia merupakan program tahunan yang melibatkan semua sekolah di seluruh negara. Sekolah yang mendaftarkan diri dalam program ini akan dibekalkan dengan 50 buah buku terbitan Scholastic sebagai galakan membaca terutamanya bahan bacaan berbahasa Inggeris kepada sekolah-sekolah. SMK Seri Mahkota menyahut seruan ini dengan terus menjalankan program bacaan harian, di samping memperbanyakkan pertandingan di sekolah seperti Pertandingan Teka Silangkata, Pertandingan Melukis Poster dan Kulit Buku, Pertandingan Ulasan Buku, Pertandingan Explorace dan Jejak Maklumat dan ia berlangsung dari 15-24 Oktober 2012. Majlis penyampaian hadiah pula akan berlangsung pada 29 Oktober 2012 dan disampaikan oleh Pengetua. Terima kasih atas kerjasama semua.. dah dapat buku nanti kita baca sama2 ya.. 🙂

By pssmksrimahkota

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Melaka

Pendaftaran pada jam 8.00 pagi

Calon-calon SMK Seri Mahkota : Nazrul Zimam Mohd Tahar dan Muhammad Firdaus Ibrahim sedang membuat persediaan sebelum temuduga berlangsung.

Tarikh : 23-24 Oktober 2012
Masa : 8.00 – 5.00 petang
Tempat : BTP Melaka

Masa yang ditunggu-tunggu telahpun sampai pada waktunya.. dua orang calon Tokoh Nilam SMK Seri Mahkota : Nazrul Zimam Mohd Tahar dan Muhammad Firdaus Ibrahim mewakili sekolah selama 2 hari mengikuti Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Melaka kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Selama 2 hari ini, calon telah dinilai dari segi Penulisan BM/BI, Temuduga Individu BM/BI dan Temuduga Berkumpulan BM/BI. Selain itu, calon juga telah dinilai dari aspek ciri-ciri kepimpinan diri individu. Rezki di tangan Allah.. semoga kejayaan berada di pihak SMK Seri Mahkota.. insyaAllah.

By pssmksrimahkota

Penerimaan sumbangan buku Asia Foundation

GPM, Pn Hartini Hamid menerima buku daripada YBhg Datin Hjh Che Normadiah bt Hj Che Abbas sebagai gimik pemberian sumbangan buku-buku daripada Asia Foundation.

Tarikh : 22 Oktober 2012
Masa : 8.30-1.00 petang
Tempat : BTPN Melaka

Pada hari ini, kesemua 76 buah sekolah menengah seluruh negeri Melaka telah menerima sebanyak 40 buah buku sumbangan Asia Foundation yang dikelolakan oleh Texas Instruments melalui Bahagian Teknologi Pendidikan. Mr Doug Wilson, General Manager Emerging Connectivity Solutions Texas Instruments telah memberikan ucapannya disaksikan oleh En Amir Syarif (Texas Instruments), YBhg Datin Hjh Che Normadiah bt Hj Che Abbas (Ketua Sektor PLTP BTPKL) dan En Amir b Basar (KPP BTP Melaka) seterusnya melaksanakan gimik pelancaran sumbangan buku-buku tersebut. Terima kasih Texas Instruments.. Terima kasih Asia Foundation.. semoga syarikat anda terus maju dan terus dapat memberikan sumbangan kepada  kami warga sekolah..

By pssmksrimahkota

Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber 2012

Guru-Guru Pusat Sumber & Pengawas Pusat Sumber bersama GPK 1 SMKSM, En Ishak b Hasshim (5 dari kanan)

Sebelum mengakhiri sesi 2012, semua guru-guru Pusat Sumber dan Pengawas Sumber Sekolah sempat juga merakamkan wajah masing-masing dalam satu kumpulan.. walaupun masing-masing sibuk dengan urusan peribadi.. yang Pengawasnya sibuk dengan peperiksaan yang sedang dan akan dijalani.. yang cikgu-cikgunya pula sibuk dengan menanda kertas peperiksaan dalaman.. tak kurang juga GPMnya yang sibuk melatih calon-calon Tokoh NILAM, sambil memantau kerja-kerja Pertandingan  Membina Blog serta melaksanakan pertandingan-pertandingan dalaman sempena menyahut READ 2012.. pendek kata sebelum tutup mata, kerja-kerja-kerja…

By pssmksrimahkota

In-House-Training FROG VLE

Antara guru-guru SMKSM yang terpilih sebagai ‘Kohot 1″ dalam In House Training Penggunaan FROG VLE di Makmal Komputer.

Tarikh : 8 Oktober 2012
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Makmal Komputer 1 SMKSM

Setelah selama 3 hari wakil SMKSM – En Azman (GC ICT) & Pn Hartini (GPM) menjalani Latihan Penggunaan FROG VLE di BTPN Melaka anjuran JPM, kini tiba giliran wakil-wakil tersebut memberikan In House Training kepada warga sekolah. Disebabkan oleh bilangan guru yang agak ramai iaitu seramai 117 orang, maka guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kohot. Kohot 1 melibatkan 20 orang guru termasuklah 10 orang pihak pentadbir, 6 orang Ketua Panitia dan 4 orang guru dari unit-unit khas. Latihan berjalan dengan lancar dengan berkesan.